Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 31, 2010

Rambut

saya tidak suka berambut panjang. bukan sahaja kelihatan serabut, ianya juga mencerminkan seolah2 kita ini juga berserabut pemikiran.

bagi lelaki, jika berambut panjang, ianya akan menyusahkan perbezaan dgn perempuan. dan sebaliknya jika perempuan berambut pendek akan menyusahkan perbezaan dgn lelaki. saya kerapkali tersilap melihat perempuan yg berambut pendek spt lelaki dan juga berpakaian spt lelaki dianggap sbg lelaki. ini menimbulkan kekeliruan kpd saya akibat kekeliruan mereka ini.

di bidang sukan dan rekreasi, berambut panjang bagi lelaki adalah menyusahkan. mereka yg sedemikian tidak faham secara mendalam keperluan berambut kemas dan pendek. mereka tidak mencerminkan sahsiah diperlukan oleh pengamal sukan dan rekreasi. rambut yg panjang semasa bersukan dan berekreasi boleh menjejas kelancaran aktiviti sukan dan rekreasi. adakalanya ianya akan menyebabkan kemalangan semasa sukan dan rekreasi.

dahulunya warga fsr yg lelaki berambut pendek dan kemas. tetapi sekarang ramai yg sebaliknya kerana fesyen? pelajar lelaki yg berambut panjang tidak akan dibenarkan menghadiri kuliah dan menduduki peperiksaan kerana tidak mematuhi sahsiah diri sbg pelajar uitm.

Tiada ulasan: