Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 13, 2010

Ego Defense Mechanism

antara perkara yg dikaitkan dgn terapi psikoanalitik, yg dipelopori oleh Freud. terapi ini adalah topik pembentangan kumpulan pertama. adakah ego defense mechanism ada kaitan dgn ego yg selalu dikata2kan ramai?

jika kita berkata tentang ego, kita kaitkan dgn kesombongan. tetapi mengikut psikoanalitik, ego berkaitan dgn mengikut peraturan. ego sedar dan berdasarkan realiti. ego menjadi pengimbang diantara id (yg ikut nafsu shj) dan super ego (perfectionist dan idealist). maka ego defense mechanism adalah bagaimana ego mengimbangkan keadaan yg mengancam ego.

tetapi kita lihat ramai orang lebih kpd ego yg biasa kita gunakan, sombong dan tidak mahu mengaku pabila melakukan kesilapan dan kesalahan. ego yg biasa kita kaitkan lebih kpd superego dlm psikoanalitik. dan hasilnya adalah mereka yg melihat diri mereka sebagai sempurna. kalau yg buat salah atau silap adalah orang lain. apabila orang lain nampak lebih baik drpdnya, mereka akan memperlekeh2kan hasil orang lain.

mereka tidak boleh lihat orang lain lebih rajin, produktif, diiiktiraf kepakaran, bijak drpd mereka yg ego negatif ini. mereka mencari salah orang utk menjatuhkan orang. orang yg sebaliknya mengikut ego dlm psikoanalitik akan meniru mereka yg berjaya. mereka akan cuba perbaiki orang lain supaya mereka juga akan baik. itulah bezanya mereka yg berilmu dan yg kurang berilmu.

Tiada ulasan: