Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 12, 2010

Juadah Berbuka 2 Ramadan

hari ini saya beli lauk dan nasi drpd intekma resort. tengok senarai juadah utk hari ni dan buat pilihan. telefon dan pesan. lepas jam 4ptg, p ambik di kaunter coffee house. yg saya beli ari ni nasi bukhara tulang lembu, patin tempoyak dan kambing massala.

esok sy tak pasti nak beli lauk dari intekma. ada cadangan nak beli ayam golek. tapi kalau ke gerai ramadan di stadium shah alam, kemungkinan lalulintas sesak nak masuk dan balik. ada bagitau di wisma mais pun ada bazar ramadan.kalau sempat saya p jengok2. hujung minggu selalunya adik2 ke bazar ramadan di ss18.

minggu pertama boleh dikatakan semua gerai jualan amat laris. tetapi bila masuk minggu kedua pengunjung2 dah tahu mana gerai yg best. gerai2 yg kurang best akan kurang pelanggan. kebiasaan juga pada awal2 puasa, kita akan rambang mata bila tengok juadah yg dijual. jika di rumah ada ramai penghuni, kemungkinan setiap penghuni akan membeli juadah dlm kuantiti yg banyak kononnya utk mereka yg lain di rumah juga. dan kebiasaannya akan berlaku pembaziran, dah tidak menepati sebab kita berpuasa.

saya singgah tadi di kedai 99. beli air soya dlm kotak. hari ni rm1.59 sekotak. amat murah. apa lagi, boronglah saya. saya beli juga cincau. semalam adik saya tercari2 cincau nak minum bersama air soya. jadi tugas beliau hari ini menguruskan minuman berbuka.

Tiada ulasan: