Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 26, 2010

Kerja dan Rehat

dalam sehari secara umumnya masa bekerja adalaah 8jam. ada 1jam rehat pada tengahari. dan malam aselama 8jam adalah waktu rehat. baki 8jam digunakan utk aktiviti2 lain spt makan, persiapan diri, solat, bersama keluarga, bersama sahabat, perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja.

dlm masa 8jam utk kerja sehari, bagi saya kita hanya efektif 4jam. lagi 4jam adalah persediaan kerja akan dibuat dan semakan kerja yg telah dibuat. kita tidak boelh beri tenaga kita 100% semasa waktu kerja. jika kita bagi 100% tenaga masa kerja, kita akan kepenatan. dan kemungkinan tak larat nak pandu ekreta balik ke rumah. semalam seorang staf kemalangan semasa balik ke rumah selepas kerja. komen staf beliau, kemungkinan bosnya tertidur semasa memandu dan terlanggar lori. bosnya mungkin tertidur kerana kepenatan drpd bekerja.

di bulan puasa ramai yg rehat/tidur pada waktu tengahari yg kebiasaan adalah waktu makan. mereka termasuk saya menggantikan masa rehat yg tidak cukup kerana jika kebiasaan bangun pada jam 6.30pagi, di bulan ramadan ada yg bangun jam 4pagi utk sediakan sahur utk keluarga. kemudiannya ada yg tidak tidur tetapi terus ke pejabat selepas subuh. dan ramai juga yg tidak cukup tidur pada malamnya kerana berjaga malam utk beribadah di bulan ramadan.

cuba pastikan kita cukup rehat ya. spt contoh diberi, bahaya jika tidak cukup rehat.

Tiada ulasan: