Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 24, 2010

Alhamdulillah Dapat Berbuka Dgn Sahabat2

tadi saya berbuka dgn sahabat2 yg dikenali sejak 1980, 30tahun lepas. ada beberapa orang saya kenali sejak tadika. maka mereka saya kenali sudah hampir 40tahun.

setelah berbuka, kami solat maghrib. tapi bukan semua pergi sekaligus. masing2 dgn kebiasaan sendiri. ada pergi cepat, ada pergi lambat sedikit. rasa seronok apabila, setelah ambil wuduk kelihatan sorang sahabat di sebelah. kemudiannya semasa nak solat,muncul seorang sahabat lagi. semasa memberi salam, terpandang kpd sahabat yg lain pula. keseronokan terasa apabila merasai seorang demi seorang sahabat2 masuk ke dlm saf utk solat dan sujud kpdNya. perasan sama terasa apabilasolat berjemaah dgn kaum keluarga apabila berkumpul beramai2 selalunya bila di rumah nenek di kampung.

spt biasa kita bertanya khabar diri yg ada dan yg tiada bersama. asalnya lebih drpd 10orang. tetapi semasa berbuka hanya 10orang shj. kemudiannya muncul seorang setelah beliau hadir ke majlis berbuka di rumah amal sek2 shah alam. ada beberapa orang di saat akhir tidak dpt hadir. insyaallah di lain kali. suasana berbuka adalah meriah kerana kita berada dikalangan mereka yg kita percayai dan yakin akan sentiasa setia dan sedia menyokong kebaikan bersama.

Tiada ulasan: