Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 13, 2010

Percuma

Ramai orang suka barang atau perkhidmatan percuma. jarang yang akan menolak jika dihulurkan barangan secara percuma. Tetapi adakah benar barangan atau perkhidmatan yg kita terima itu percuma? adakah udang di sebalik batu?

tadi di masjid sultan abdul aziz shah (saas) shah alam ada pemberian alquran secara percuma. semasa turun drpd dewan solat terdengar suara dan kekecohan di bawah, di dlm masjid. dlm hati terfikir,'takkan bulan puasa pun ada demo politik?'. sebaliknya apabila tiba di bawah, kelihatan ramai berpusu2 di sekitar meja maklumat/penerangan. kelihatan bungkusan diedarkan kpd mereka di luar perkumpulan. Tangan2 melambai2 memohon sesuatu meminta bungkusan disampaikan kpd mereka.

kemudian kelihatan rupa2nya bungkusan mengandungi naskah2 alquran. saya pada mulanya teringin juga naskah alquran percuma. kemudian saya fikirkan semula, di rumah dah ada beberapa naskah. dan saya lihat naskah diedarkan bukanlah naskah yang mempunyai terjemahan. jadi saya pulang tanpa naskah alquran percuma. terima kasih kpd yg sudi memberi naskah alquran secara percuma. semoga naskah2 yg diedarkan dibaca, difahami dan diamalkan.

Tiada ulasan: