Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 22, 2010

Kerja dan Produktiviti

saya berbual dgn seorang pakcik tentang kerja. saya suka gunakan peluang berkumpul bersama ahli2 keluarga utk menambahkan ilmu saya. tidak kira usia mereka, jika pada pandangan saya mereka boleh menambahkan ilmu saya, saya akan bertanya kpd mereka soalan di kepala saya.

pakcik saya dah pencen rasmi. tetapi beliau masih bekerja lagi. pengerusi syarikat kecil. dulu beliau pengerusi syarikat besar. semasa beliau maklumkan untuk tidak dilanjutkan tempoh jawatan beliau, bos beliau hairan.maklumlah, gaji beliau sebulan sama dgn gaji saya setahun. kalau orang lain dah bermati2an akan minta disambungkan tempoh lantikan.

bagi beliau, kerja mestilah produktif. masa di tempat kerja tidak mencerminkan tahap produktiviti kita. saya sangat2 setuju. di australia, jika kita dah selesai kerja harian kita, kita akan ditanya bos kenapa tak balik ke rumah lagi. anak pakcik saya diminta bosnya utk segera balik ke rumah jika kerja dah selesai.

budaya kita berbeza. jika masa kerja 8-5, dan kita ketip waktu 8-5,maknanya kita 'bekerja'. masa di tempat kerja disamakan dgn produktiviti kita. maka mereka yg 'overtime' atau kera lbih drpd masa minima diandaikan produktif. saya tak setuju. itu tandanya bosnya tak pandai merancang kerja.

Tiada ulasan: