persahabatan membawa maksud kpd saya setia dan sedia bersama semasa senang dan susah. maka dlm persahabatan perlu kpd kepercayaan dan keyakinan diantara sahabat. saudara boleh jadi sahabat. sahabat boleh jadi saudara. bersahabatlah utk kebaikan semua, bukan utk ketamakan kita sahaja. sahabat kita melambangkan siapa kita.
'colors' adalah lambang sesuatu pasukan. adakalanya ianya dikenali sebagai 'standard'. dalam bahasa kita lebih dikenali sebagai panji. ianya juga dikenali sebagai bendera. maka ia bermakna sesuatu yg kita bangga berada dibawahnya. dan kita akan sentiasa mempertahankannya drpd gugur ke bumi. panji2 yg menyentuh bumi bermakna maruah kita sudah dimalukan dan tidak lagi dihormati.
'badge' atau lencana juga menunjukkan lambang kita. mereka yg mempunyai pingat menunjukkan bhw beliau mempunyai pencapaian yg tinggi dan diiktiraf sumbangan yg telah diberi. colors, standard, panji, bendera, lencana adalah tanda untuk dihormati.di bidang akademik, seorang pensyarah atau guru dinilai berdasarkan kpd beberapa perkara.
diantara lambang pencapaian seorang pendidik adalah kelayakan akademiknya. maka pastikan kejayaan akademik dicapai secara jujur. kelayakan akademik yg dibeli mencerminkan bhw ilmu seorang itu amatlah cetek. mungkin pada awal boleh mengkaburi mata pelajar. tetapi lambat laun, insyallah, ketidakjujuran akan dibuka hijabnya. apabila ini berlaku, ianya seolah2 seperti lencana,pingat dan pangkat kita ditanggalkan dan bendera/panji tersembam ke bumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan