beberapa hari yg lepas, seorang lagi ahli keluarga berjaya mendapat ijazah dlm perubatan. memang menjadi impian dlm keluarga utk mempunyai seorang doktor perubatan. kalau tak dapat anak jadi doktor, harapan biarlah dapat menantu doktor.
proses utk menjadi seorang doktor perubatan bukanlah manis. ada kawan dan saudara saya (mungkin semua bakal doktor) terpaksa bertemankan dgn mayat atau sebahagian mayat dlm bilik tidur. mayat tersebut sbg teks utk 'dibacakan' utk pemahaman berkaitan anatomi dan fisiologi.
seingat saya, utk jadi doktor perubatan kena lalui - 1tahun matrikulasi atau 2 tahun asasi sains, 5tahun program ijazah perubatan. maka jika utk dapat ijazah sarjana muda perakaunan mungkin hanya 5 1/5tahun (grad pada usia 23tahun), seorang doktor grad pada usia 25tahun. dahlah payah nak dapat, lama pulak. tetapi ramai yg nak jadi doktor.
mungkin kerana jika jadi doktor, memudahkan urusan perubatan ahli keluarga? ada betulnya. saya dilayan amat baik(?) kerana adik saya doktor di hospital tersebut. bahkan ada staf hospital yg dpt rawatan di wad tersasul tertukar saya dgn adik saya. best juga 'dr bad'.
tahniah kpd dr amni, kedua ibubapa dr. amni (ayah jik n cik yati), adikberadiknya, tok lelaki dan tok perempuannya, serta kesemua ahli keluarga dan sahabat serta guru/pensyarahnya. untuk melahirkan seorang doktor bukan terhad kpd doktor tersebut shj. ramai yg terlibat. maka jalankan tugas dan tanggungajwab dgn penuh amanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan