ada pelbagai jenama satay yg saya tahu. ada yg masih ada. ada yg tiada kerana pengasas telah tiada. antara jenama satay adalah medan satay, satay ria, satay aneka, majid satay, satay samuri, dan pelbagai lagi.
diantara yg masih aktif adalah satay samuri erasal dr kajang. pelajar fsr pernah menjemput tuan haji samuri utk berkongsi kejayaan beliau di seminar keusahawanan pada beberapa tahun yg lepas di fsr. saya sempat bergambar bersama tn haji samuri. tetapi saya tiada gambar tersebut kerana menggunakan kamera pelajar.
di tanjung karang ada sebuah kedai satay dikenali sebagai satay hut.mula2 dimaklumkan kpd saya, sebutannya berbunyi 'satay huut'. sepatutnya 'satay hatt'. sebuatan hut dimelayukan. satay hut dikenali dgn satay gergasinya. jika biasanya satay saiz biasa dihidang 10cucuk seorang, satay hut jika kita makan saiz yg XXL hanya mampu makan 4-5cucuk aja. harganya 2x ganda harga satay biasa. komen saya - sedap. insyaallah jika sempat dlm perjalanan ke tanjung karang saya cuba singgah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan