Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 05, 2010

Maklumbalas Pelanggan

kalau dulu, lebih dikenali dgn aduan pelanggan. saya lebih suka dinyatakan sbg maklumbalas pelanggan. kalau aduan, maka hanya terhad kpd aduan, perkara yg negatif shj. tetapi bila maklumbalas, ianya boleh jadi positif, boleh jadi negatif.

kita biasanya tidak suka kpd aduan kpd kita. ramai juga tidak suka diingatkan. ditegur, dsbnya yg boleh menyentuh ego kita. maka akan terserlah 'ego-defense mechanism' kita. kita akan marah. kita akan salahkan orang lain. dan pelbagai reaksi negatif kpd maklumbalas negatif.

jika kita berfikiran positif kpd maklumbalas samada positif atau negatif, ianya akan mengurangkan tekanan negatif kpd kita. lebih baik diingat2kan, daripada dibiarkan sbgmana luncai dgn labunya. tetapi jika ianya dinyatakan sbg maklumbalas, kebarangkalian persepsi kita sbg teguran positif adalah lebih baik.

dan kita mungkin lebih bermotivasi utk melakukan penambahbaikan kpd diri kita. terima kasih kpd yg sudi memberi maklumbalas kpd saya. saya seorang manusia yg bukan sempurna kejadiannya. maka saya perlu meningkatkan ilmu utk kebaikan diri dan masyarakat, dunia dan akhirat

Tiada ulasan: