Ada sepupu saya sangat suka makan pizza.semasa dia bersekolah asrama penuh, pakcik saya akan membawa beberapa bungkus pizza utk sepupu saya sebagai pengubat tidak dapat makan pizza sekerap semasa berada di rumah.
saya sekeluarga pun suka makan pizza. semasa kami berada dlm keadaan ekonomi bertahap rendah, ibu saya akan memasak pizza utk kami. adik2 saya akan membantu menyediakan ramuan. seorang adik, sekarang pakar tulang, sangat teliti dlm menyediakan udang2 tanpa kulit. mungkin bagus juga jika seseorang yg ingin menjadi pakar bedah utk sentiasa membantu di dapur.
pizza kegemaran kami adalah yg dihantar secara percuma ke rumah. Doxxxx Pizza. sejarah doxxxx pizza adalah ianya dimulakan bukan utk menjual pizza. sebaliknya, pengasasnya menubuhkan doxxxx pizza sebagai perniagaan menghantar pizza. perniagaannya adalah khdmat 'delivery'pizza.
berniaga adalah antara sumber yang banyak memberi pulangan kpd yg terlibat. kajilah peluang perniagaan utk produk atau khidmat yg sedia ada.kemudian lakukan inovasi utk membezakan drpd pesaing yg sedia ada. ict meningkatkan pelbagaian dlm perniagaan skrg. harapan uitm, ramai drpd graduannya akan menjadi usahawan yg berjaya. jangan lupa, berniaga produk dan perkhidmatan yg halal utk mendapat rezeki yg halal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan