Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 09, 2010

Existentialism

Terapi dipelopori oleh Frankl. Berkaitan kewujudan kita di dunia ini. topik pembentangan kumpulan ketiga utk sps 550 pada petang tadi.

saya cuba kaitkan existentialism dgn kehidupan seorang muslim. existentialism meminta kita bertanya dan mengetahui tujuan kehidupan kita di dunia ini. dalam Islam, bagi saya tujuan kita dijadikan telah dinyatakan dlm alquran.'tidak ku jadikan jin dan manusia kecuali utk beribadah kpd Ku'. itulah peringatan Allah kpd kita, makhlukNya. Maka topik kaunseling ini sesuai dgn kemunculan ramadan yg mulia.

dlm existentialism, kita tahu bhw masa hidup kita adalah terhad.maka kita mestilah memilih keputusan yg tebaik utk kita. kita bebas memilih dan membuat keputusan. dan kita bertanggungjawab kpd keputusan yg kita buat. dlm Islam, walaupun kita hamba Allah, kita diberi kebebasan membuat keputusan tetapi mestilah berdasarkan peraturan2 tertentu.kita perlu ingat pahala dan dosa akibat keputusan kita.

kpd pelajar saya, bandingkanlah terapi existentialism dgn Islam, agama yg benar. kita mempunyai pelbagai jalan utk kehidupan kita. sebagaimana ayat dan doa kita kpd Allah dlm alfatihah, 'tunjukkanlah kami kpd jalan yg benar', maka berusahalah dgn ilmu utk memilih jalan sirattal mustakim utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: