Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mei 21, 2013

Kolesterol

pada hari ahad saya pi buat 'check up' utk kolesterol. kebetulan semasa membeli barangan di hypermarket, ada promosi minuman berkaitan pengurangan kolesterol dan pempamer mengadakan perkhidmatan pengukuran tahap kolesterol.

kali terakhir buat kiraan kolesterol tak silap saya dah hampir atau lebih 2 tahun. alhamdulillah kiraan saya adalah 4.42. maksima utk tahap normal adalah 5.2. pelik juga pempamer tak mencadangkan saya membeli minuman dijualnya. mungkin sebab tahap kolesterol saya baik. atau mungkin tak percaya dgn no ic dan no telefon saya.

tahap kolesterol saya mungkin ada kaitan dgn pemakanan harian saya. sebelum ini saya sudah meminum minuman yg dikatakan boleh mengurangkan tahap kolesterol. ianya ada kaitan dgn 'check up' kesihatan dan doktor menasihatkan saya jaga pengambilan gula dan tahap kolesterol. doktor bagitau bhw beliau tidak mahu beri saya ubat utk kurangkan kolesterol sebab saya akan perlu makan sehingga 4-5 tahun. nasihat beliau, saya perlu jaga kandungan gula dalam badan dulu.

beberapa bulan yg lalu saya terasa pening2. apabila saya maklumkan dlm fb saya, seorang kenalan mencadangkan saya mengambil minuman 'oat' yg boleh mengurangkan tahap kolesterol saya. alhamdulillah, dah hampir 6 bulan saya minum setiap hari (kecuali apabila di luar stesen). dan kesannya adalah tahap kolesterol saya yg baik. terima kasih kpd kenalan yg mencadangkan minuman 'oat' tersebut. saya juga ada cadangkan kpd beberapa saudara mara dan kawan serta kenalan.

Tiada ulasan: