Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mei 21, 2013

Projek Asnaf

semalam setelah satu perbincangan saya singgah ke sebuah gerai burger dll. pada asalnya tiada niat nak singgah sebab dah hampir tengah malam. tetapi sebab dah lama tengok van tertulis projek asnaf, saya singgah untuk mencari ilmu.

seorang wanita melayan saya sementara suaminya sedang rehat di dalam van. saya pesan pada mulanya burger biasa. semasa pesanan saya disediakan, saya tanya beberapa soalan berkaitan perniagaan dan projek asnaf. ianya antara usaha membantu golongan asnaf oleh majlis agama islam dgn membimbing peserta menjadi berdikari. setelah cukup memenuhi syarat2, van menjadi milik peserta.

seronok melihat mereka yg berusaha mencari rezeki yg halal. semoga peserta projek sebegini sentiasa mendapar rezeki yg halal. dan saya balik dgn burger special yg saya pesan utk memanjangkan masa berborak dgn peserta projek.

Tiada ulasan: