Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, November 15, 2011

Pihak Penganjur Saya Nak Komplen

saya suka berkata seperti di atas kpd penganjur konferens, seminar dan kursus yg saya hadir. respon pertama drpd wakil penganjur adalah muka terkejut.

biasalahkan kita pun akan terkejut jika ada orang nak komplen tentang kita. tambah2 jika komplen di awal program. bermula jumaat lepas dan berakhir pada petang tadi saya hadir ke 2program anjuran 2organisasi berbeza. 3hari 2malam pertama saya hadir ke program lppkn selangor bertempat di sebuah hotel di shah alam. seterusnya bermula semalam, isnin dan berakhir petang tadi selama 2hari 1malam saya hadir ke program anjuran kpt di sebuah hotel di bandar bukit tinggi.

komplen saya kpd penganjur, 1. makanan sedap dan 2. berat badan saya bertambah. reaksi penganjur setelah mendengar komplen saya biasanya adalah senyuman dan ucapan terima kasih. komplen sepatutnya adalah maklumbalas negatif. maklumbalas positif adalah pujian. maka jika saya berkata saya ada pujian tentulah respons sebelum saya bagi maklumbalas sepenuhnya kpd penganjur adalah berbeza dan ceria.

terima kasih kpd perkama international kerana mencalonkan saya sbg seorang drpd wakil perkama ke program sekata lppkn. terima kasih juga kpd bos saya tnc jim&a uitm kerana mencadangkan saya turut serta ke program anjuran kpt. kenalan saya bertambah dan akan saya gunakan utk kebaikan diri dan mereka yg saya kenali.

Tiada ulasan: