Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, November 25, 2011

Kaya dan Sombong

hampir tiap2 hari tegur pelajar yg masuk ke kawasan letak kereta di bangunan akademik 3. ada teguran secara verbal, ada secara non verbal. ada yg patuh. tapi ramai yg tak endah.

ramai yg salah guna uitm. sepatutnya uitm antara lain utk pelajar yg tidak mampu ke ipt lain kerana kewangan. zaman 80an, pelajar berkereta ke itm boleh dikira. di hep kalau ada 10buah kereta dipandu pelajar dah kira banyak.

sekarang dilihat ramai pelajar berkereta. ramai yg guna kereta milik keluarga. malah ada pelajar adalah yg guna kereta staf utk mengkaburi mata polis bantuan uitm. ada yg dapat kad pas ibubapa, pelekat kereta ibubapa walau pun pendaftar dah beri amaran.

bagi saya mereka ini kaya dan sombong. maka peraturan uitm tak perlu dipatuhi. amanah tak perlu dipegang. tak peduli dgn peraturan sebab dah kaya. maka mereka kononnya berhak sombong. ada pelajar saya dapati bawa kereta bmw ke uitm. dan kebanyakan kereta pelajar adalah kereta baru. ramai berkereta lebih besar dan mahal drpd staf uitm.

jika dah kaya dan sombong maka tak payahlah berada di uitm. anda dah ambil hak mereka yg miskin harta tetapi ingin kaya dgn ilmu. mereka yg kaya dan sombong ini juga mungkin makan harta anak yatim berdasarkan hak? ibubapa yg mendidik anak2. jangan marahkan guru di sekolah atau staf uitm jika anak anda masih lagi miskin ilmu dan kemahiran insaniah.

Tiada ulasan: