Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, November 03, 2011

Lawatan Ke UiTM Perak

semalam dan sehingga tengahari tadi saya berada di uitm perak. saya mengikuti tnc jim&a uitm melawat uitm perak di bandar seri iskandar.

ketibaan kenderaan yg saya naikki bersama penolong pendaftar jim&a disambut dgn outrider polis bantuan uitm. setiba di rumah tamu, pintu di buka dan tabik hormat diberi. saya hanya memakai sandal dan terkial2 nak pakai kasut. saya kekok untuk membalas tabik hormat.

pada malamnya kami dijamu makan malam oleh rektor uitm perak dan pengurusan atasan uitm perak di sebuah restoran pakistan di ipoh. memang banyak hidangan. sambil makan saya cuba berkongsi dgn dr don oparah makanan yg dihidangkan.

pada pagi tadi majlis perasmian pusat keusahawanan uitm perak. turut diadakan adalah pameran usahawan. hasil lawatan adalah berat badan yg bertambah. terima kasih kpd warga uitm perak. insyaallah kita jumpa lagi.

Tiada ulasan: