Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 23, 2011

Suaraya UiTM 2011

tadi berlangsung suaraya 2011 uitm shah alam. di padang kawad. amat meriah sekali. menu mengikut negeri2 di malaysia. setiap fakulti diberi sebuah gerai. jabatan2 berkongsi ataupun secara sendirian satu gerai.

fsr menyediakan makanan negeri selangor. pecal dan lempeng bersama kuah pedas. saya rasa 1st time saya makan lempeng dengan kuah pedas yg ada kerang. sedap dan pedas. saya juga makan sikit2 drpd hidangan gerai2 lain. gerai paling panjang pengunjung beratur adalah gerai yg sediakan daging rusa panggang. alhamdulillah saya dpt rasa sikit daging rusa drpd pinggan kawan2.

di gerai inqka saya dapat merasa ayam percik. saya makan juga soto, tapi tak ingat dari gerai mana. yg paling sedap adalah dpt minum air sejuk sebab cuaca yg panas. saya harap tiada makanan dibazirkan. ramai pengunjung tadi hadir dgn beg utk membawa makanan balik. pelajar yg hadir setelah tamat kuliah masih lagi sempat merasa juadah yg ada.

tahun ni seperti tahn lepas ada cabutan bertuah. tapi saya tak bertuah. insyaallah kita jumpa lagi di suaraya 2012.

Tiada ulasan: