Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 09, 2011

Bos, Ketua dan Pemimpin

ada perbezaan diantara seorang bos dan seorang ketua. begitu juga seorang pemimpin. semua orang adalah pemimpin. seorang ketua akan ada pengikut. seorang bos tiada pengikut.

yg mana perlu dihormati? yg pasti bos tak dihormati. selalunya bos ditakuti. jadi kerja dibuat utk bos bukan secara ikhlas. matlamat boleh tercapai. tetapi kemungkinan orang bawahan tidak akan lama bekerja dgn seorang bos. saya andaikan seorang bos adalah yg mempraktikan gaya kepimpinan berorientasikan tugasan. ianya seperti seorang yg perlu sampai di kuantan dari shah alam dlm tempoh 1 jam. ianya boleh dilakukan. tetapi apabila sampai di kuantan, kereta boleh dihapuskira.

jadi bgmana nak tahu seorang itu bos atau ketua? tanyalah kpd orang bawahan. jika orang bawahan secara majoriti tidak selesa bekerja dgn seorang itu, maka dia itu adalah seorang bos. dan kita ada pilihan. sama ada menerima bos yg ada atau hijrah ke tempat lain. yg penting, kita mesti seronok bekerja. jangan sampai tekanan darah tinggi dan membahayakan kesihatan kita. kalau kita sakit, organisasi akan cari orang lain buat kerja kita.

Tiada ulasan: