Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 28, 2011

Bersama Lampard dan Rooney

semalam seperti biasa saya berfutsal dgn kawan2 lama dan seorang adik saya. kami lambat sampai. maklumlah balik dari pejabat pun lambat.

semasa mencari tempat letak kereta, saya terpandang seorang kawan bersama dua berpakaian chelsea dan man united. setiba di tepi gelanggang saya lihat seorang adalah Lampard dan seorang lagi tiada nama (saya namakan Rooney ajelah). mereka adalah kembar, anak kepada seorang kawan.

mereka berdua tidak turut sama berfutsal dgn kami. mereka hanya setia menunggu ayah mereka berfutsal. sekali sekala mereka akan kelihatan bersemangat utk berfutsal apabila bola hampir dgn jaring tempat mereka duduk. dan saya perhatikan ramai yg menegur mereka. saya andaikan soalan yg ditanya adalah 'adakah mereka kembar'.

setelah kami tamat berfutsal, kembar berdua sempat berfutsal di padang kami sebelum kumpulan seterusnya bermain. mereka sempat 2-3 kali bergilir menjadi penyerang dan pertahanan dari satu hujung padang ke hujung padang lain. walau pun kembar, memang jelas seorang lebih berkebolehan berfutsal/bermain bola drpd seorang lagi.

semasa bersalaman dgn mereka sebelum mereka balik, saya beraya rm1 dengan mereka. dan mereka mengikut ayah mereka ke tempat menjual minuman utk membeli minuman sebagai upah berfutsal. memang permainan futsal mingguan akan sentiasa diikuti bersama selain drpd kawan2 shj. ada yg bawa adik2. ada yg bawa anak2. ada yg bawa kawan2 lain selain drpd kami yg mula berkawan di kuala kangsar.

Tiada ulasan: