Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 16, 2011

Kejayaan dan Kemewahan

kita secara umum akan mengandaikan bahawa kita berjaya dalam kehidupan kita apabila kita mempunyai kemewahan. maka secara umum kejayaan mesti ada bukti material.

contoh kejayaan yg disanjung adalah memiliki atau menggunakan kenderaan mewah. contoh lain seperti memiliki atau mendiami kediaman yg mewah. mewah di sini dimaksudkan sbg mahal, besar, hanya dimiliki oleh golongan kecil shj.

dan pemimpin yg disanjung adalah begitu juga. yg memiliki kenderaan dan kediaman mewah. tetapi di bidang akademik saya rasa bukan begitu. yg dipandang dan diiktiraf adalah kelayakan akademik, pengalaman berkaitan, pangkat yg diterima berdasarkan kelayakan akademik, dan pengiktirafan drpd pelajar dan bekas pelajar tentang ilmu yg dikongsi utk kebaikan dunia dan akhirat.

jika saya diukur kejayaan saya berdasarkan kemewahan dunia, maka saya tidak berjaya. saya tiada kereta besar dan mahal. dulu adalah kereta besar, kereta kebal tapi dah dijual. kereta saya dibeli secondhand. kurang mampu beli yg baru. tiada keperluan utk beli yg baru. tetapi antara kejayaan bg saya adalah apabila melihat pelajar dan bekas pelajar berjaya hasil berkongsi ilmu dgn saya. antara kemewahan bg saya adalah keseronokan dan kegembiraan pelajar dan bekas pelajar berada bersama saya sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah.

Tiada ulasan: