Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 06, 2011

Kaya Di Dunia Miskin Di Akhirat

kaya adalah ujian lebih besar drpd miskin. kaya dan miskin di sini adalah berkaitan harta di dunia. dan kita terima bhw harta yg kita ada hanyalah harta yg diamanahkan kpd kita. kita akan ditanya tentang puncanya dan bagaimana ianya digunakan.

tengahari tadi saya berpeluang berbicara dgn seorang bekas pelajar saya. insyaallah kami akan menjadi rakan sekerja. kami berbicara tentang niat menjadi seorang pensyarah. adakah kerana ingin berkongsi ilmu atau menjual ilmu? memang jika pandai, boleh jadi kaya dgn menjual ilmu. tetapi kaya dgn harta dunialah.

kami berbicara tentang amanah dlm bertugas sbg pensyarah. saya selitkan 4sifat rasulullah yg saya fikirkan perlu ada pada seorang pensyarah. 4 sifat - siddiq, fatanah, amanah, tabligh. jika satu tiada, maka seseorang tidak layak menjadi seorang pensyarah.

saya pertikaikan pensyarah yg menjual ilmu tetapi sebenarnya ilmu yg ada adalah kurang drpd sepatutnya dikongsikan dgn pelajar. maka bg saya pensyarah sebegini adalah tidak amanah dlm timbangan jualbeli. beliau menerima bayaran yg tak setimpal dgn ilmu yg dikongsi dgn pelajarnya. siapa yg bertanggungjawab utk menjawab perkara yg tidak amanah ini? adakah pensyarah itu shj atau ketua yg membenarkan pensyarah berjual beli dgn timbangan yg kurang kpd pelajar?

Tiada ulasan: