Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 22, 2011

Aset

Semalam big bos nyatakan kepada saya bhw saya adalah aset kpd organisasi. hari ini beliau nyatakan lagi di depan bos2 lain. terima kasih doc.

dalam perakaunan, aset adalah sumber yg memberikan hasil kpd organisasi. dan hasil ini setelah ditolak kos/perbelanjaan akan diharapkan memberikan keuntungan bersih kpd organisasi. memang organisasi mahu mereka yg jadi aset kpdnya. bukannya yg menjadi liabiliti atau beban kpd organisasi.

big bos nyatakan bhw beliau tahu saya bukanlah yg suka duduk terikat di meja shj dan buat kerja. operasi saya lebih sesuai di luar pejabat atau tidak sepanjang masa di pejabat. maka beliau bercadang utk memberi tugas dan tanggungjawab yg sesuai dgn minat, bakat dan kebolehan saya supaya organisasi dapat hasil yg maksima.

saya akui saya adalah sedemikian. itulah seorang ranger. ianya juga sebagaimana pasukan peninjau. seperti pasukan berkuda yg dipimpin oleh khalid alwalid. sentiasa bergerak dan menanti peluang terbaik utk mendapatkan pulangan maksima kpd organisasi. terima kasih lagi sekali doc kerana kepercayaan dan keyakinan kepada saya. insyaallah, saya akan cuba yg terbaik.

Tiada ulasan: