Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 04, 2011

Bekwoh Ayah Idi

alhamdulillah tadi rumah seorang tok saudara berlangsung bekwoh. ianya memang big work. ianya untuk menyambut menantu, sebagai majlis kesyukuran dan jamuan hariraya.

jemputan dianggarkan seramai 600orang shj. anok beranok dah lebih drpd seratus orang (mungkin sampai 2ratus) sebab duit raya saya tidak berbaki drpd rm100 yg saya bawa. saya berikan/hadiahkan/sedekahkan rm1 seorang sedaramara aje.

majlis bermula drpd jam 10pagi dgn doa selamat utk mereka yg hadir dan roh sedara mara yg telah kembali kpdNya. 11.30pagi ketibaan kedua mempelai diiringi sedaramara sebelah perempuan. 1tgh majlis utk sedara mara dan kenalan sebelah lelaki. 3 ekor kambing disediakan. dan ianya menjadi tumpuan utama hadirin.

majlis sebegini mengumpulkan sedaramara dan kenalan yg jarang2 dapat berjumpa kerana kesibukan kerja, berjauhan tempat tinggal dsbnya. semoga ayah idi dan pasangannya serta keturunan mereka sentiasa mendapat rahmat Allah.

Tiada ulasan: