Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 29, 2011

Kuliah dan Pentadbiran 2

ata utk pentadbiran akademik selalunya bergantung kpd jawatan disandang. saya mendapat 10jam ata utk tugas sekarang. ianya sama dgn ata saya terima sbg ketua kualiti di ined.

tapi ata 10jam tidak bermakna hanya kerja 10jam seminggu. perkiraan saya ianya perlu didarab 3 = 30jam seminggu atau bersamaan 3hari bekerja 10jam sehari. manakala tugas syarahan dan penyeliaan saya dapat 15 jam ata. ini jika didarab 3 = 45jam seminggu. maka jumlah jam seminggu adalah 75jam. kalau 10jam sehari maka ianya bermakna saya perlu 7.5hari dlm seminggu tanpa ada cuti.

hea menetapkan 1 ata diterima bersamaan 2jam diperuntukkan utk sedia, buat dan semak kerja. maka waktu saya utk jim adalah 20jam seminggu, iaitu 2hari 10jam. dan utk tugas di fsr sebanyak 15jam ata = 30jam peruntukkan masa atau 3 hari 10jam kerja. jika saya masuk jam 0900, maka masa balik adalah jam 1900. dan ini yg saya lakukan sekarang secara purata.

adakalanya masa tugas pentadbiran memakan masa kuliah. maka saya terpaksa mencari masa menggantikan masa yg termakan. dan bekerja di hujung minggu adalah perkara biasa. soalan bos saya, 'saya dapati ada pensyarah yg bgtau dia tak cukup masa di uitm tetapi ada masa utk buat kerja sambilan di luar uitm'. saya nak belajarlah dgn mereka ni. atau mereka ini kurangkan masa di uitm dan lebihkan masa di luar uitm?

Tiada ulasan: