Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 04, 2011

Budak Kolej

budak kolej. budak koleq. collegian. budak mc. dan pelbagai gelaran lagi.

budak koleq adalah mereka yg pernah atau sedang belajar di mckk. di kolej melayu kuala kangsar. di maktab melayu kuala kangsar. di malay college kuala kangsar. sebuah sekolah berasrama penuh khusus utk lelaki melayu (termasuk ayah shj melayu).

dlm keluarga saya, ramai budak koleq. saya, ayah saya, abang ayah saya, sepupu ayah saya, anak sepupu ayah saya, adik emak saya, bapa sepupu emak saya, pakcik emak saya, sepupu emak saya, adik saya, anak saudara pakcik emak saya, biras pakcik emak saya, dan ramai lagi. tadi ramai yg berkumpul sempena bekwoh bapa sepupu saya. yang paling tua berumur lebih drpd umur ayah saya (>73tahun). yg paling muda dlm tingkatan 3 sekarang.

apabila kami berjumpa, sama ada saudara atau sahabat atau kenalan kali pertama, ada sesuatu yg mengikatkan kami. sebuah institusi di kuala kangsar perak.

Tiada ulasan: