Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 18, 2011

Keselamatan di Jalan

keselamatan di jalan adalah tanggungjawab bersama. kita perlu prihatin dan bersedia utk sebarang kebarangkalian. maka pastikan bhw kita sihat utk memandu/ menjadi penumpang/ penunggang/ pembonceng. pastikan juga kenderaan kita dlm keadaan baik. pastikan kita dpt melihat dan mengesan kenderaan lain dgn cepat, tepat dan jelas. pastikan juga mereka yg lain dpt melakukan yg sama kpd kenderaan kita.

kita orang timur dikatakan kaya budibahasa. tetapi apabila dlm kenderaan nyata ramai yg berbeza. ramai yg kononnya nak berjimat. di waktu cuaca muram/ hujan/ kelam/ gelap, ramai yg tidak menyalakan lampu kenderaan. mungkin kerana menyangka bhw orang lain akan nampak kenderaan mereka walau tanpa lampu dinyalakan. dan ramai juga yg menukar haluan kenderaan tanpa memberi isyarat. menyusahkan orang lain.

penunggang motorsikal sekarang makin kerap pula melanggar undang2, menuyusahkan pengguna jalan yg lain. lampu tidak dinyala. memasuki laluan kereta walau pun ada laluan sikal disediakan. tidak menunggu lampu hijau utk meneruskan perjalanan. menyusahkan orang lain.

ada hadis (tak silap saya) yg menyatakan bhw jika kita membersihkan laluan drpd ranting kayu akan membolehkan kita dpt pahala. ianya tindakan spt memudahkan laluan dan keselamatan orang lain. maka saya andaikan kita memandu/ menunggang dgn selamat dan prihatin kpd keselamatan orang lain sbg sedekah juga. fikirlah tentang org lain, jika anda boleh berfikir. jika tidak mampu prihatin tentang orang lain semasa di jalan, silalah ke tepi atau jangan gunakan jalan/laluan. anda mungkin boleh dicop sebagai seorang pengganas di jalan kerana tidak prihatin tentang keselamatan orang lain di jalan.

Tiada ulasan: