Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 08, 2011

Kitaran Yang Kurang Berilmu

kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran. miskin? miskin hartabenda? miskin harta berbentuk ilmu?

ayat pertama diturunkan kpd rasulullah s.a.w adalah berkaitan ilmu. 'bacalah...'. rasulullah bukan seorang yang kaya. semasa akan dipilih oleh ibu susuan, harta keluarga bayi antara faktor pendorong utama. maka kerana seorang anak yatim yg kurang/tiada harta yg banyak, beliau dipilih utk disusukan kerana ibu susuan tiada anak lain utk dipilih.

semasa baginda wafat, beliau tidak meninggalkan harta yg banyak. tiada istana, bungalow, berpuluh/beratus binatang ternakan/tunggangan. tiada emas/permata. tiada ladang2. yg ditinggalkan adalah alquran dari Allah dan sunnah (ilmu).

maka hutang yg menyebabkan kita terdesak melakukan perkara yg bercanggahan dgn tuntutan agama adalah satu bukti kekurangan ilmu. jika tiada perancangan berdasarkan ilmu, hutang akan menyebabkan kita melakukan perkara2 yg makin tidak bijak. tanyalah dulu, perlukah berhutang, perlukah menunjuk2.

apabil berhutang, perlu ada penjamin. apabila tak bayar hutang, penjamin menderita. maka kredibiliti kita makin berkurangan bukan shj kpd orang lain tetapi kpd geng sendiri juga. dan kemungkinan sebab gaji kenan potong utk tanggung penghutang yg dijamin, penjamin pula melakukan perkara tidak amanah. belajarlah menguruskan kewangan dgn bijak.

Tiada ulasan: