Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 18, 2011

Temuduga Bakal Pelajar SR113 Nov 2011

pagi semalam saya terlibat lagi dgn aktiviti temuduga bakal pelajar sr113. kali ni panel saya tak ramai. spt panel2 lain. mungkin sebab banyak panel. mungkin sebab kemasukan kedua. kemasukan mei iaitu kemasukan pertama setiap tahun memanglah ramai berbanding kemasukan kedua.

terdapat calon lepasan spm/setaraf. terdapat calon pra diploma. tiada semua calon dlm senarai saya hadir. alhamdulillah, sesi temuduga dapat diselesaikan sebelum jam 1 tengahari. sesi temuduga yg sebelum ini sehingga jam 5petang.

ada calon yg bersedia. ada yg tak bersedia. 'kenapa pilih program ini? sebab saya suka sukan... apakah pertandingan sukan ini yg sedang berlangsung? saya bersukan ini semasa di sekolah dulu?' inilah antara jawapan kepada soalan saya oleh seorang calon.

tidak semestinya selepas spm sambung belajar di ipta. saya cadangkan bhw setiap pelajar sekolah ke unit kaunseling atau jumpa kaunselor/pegawai bimbingan di sekolah untuk mengetahui personaliti diri dan personaliti kerjaya yg sesuai. kemudian pilihlah jalan utk bersedia bekerjaya yg sesuai.

jika uitm tawar tempat, dan calon tolak, tidak boleh memohon lagi ke uitm. jika calon berjaya dan terima tawaran, 1. jika nak tukar program, tak akan dilayan. 2. jika berhenti, tak boleh mohon lagi ke uitm. 3. jika gagal semasa belajar, tak boleh mohon lagi ke uitm. buatlah pilihan yg tepat. minta bantuan orang lain jika tidak pasti tentang keputusan akan dibuat.

Tiada ulasan: