Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 20, 2011

Lawatan Sambil Belajar

lawatan sambil belajar atau biasa juga dikenali sebagai lasabela. di ipt, terdapat kursus2 yg mempunyai lasabela antara aktiviti pembelajaran.

saya cuba minimakan lasabela dlm kursus yg saya ajar. pada sem lepas, saya bawa pelajar saya keluar dari bilik kuliah. satu kumpulan ke putrajaya. satu kumpulan ke taman botani bukit cerakah. kos ditanggung pelajar adalah makan dan minuman. bagi yg masuk ke taman botani, tiket masuk rm3 dan jika yg guna basikal kena bayarlah sendiri. saya tidak mahu membebankan pelajar drpd segi kos masa dan kos duit. ianya mestilah setara dgn markah yg dinilai. untuk lasabela saya, masa digunakan adalah waktu kuliah saya. saya tidak mengganggu waktu kuliah kursus lain. kita telah berjanji bhw pensyarah tidak akan mengadakan aktiviti yg akan mengganggu waktu kuliah pensyarah lain.

tadi ada pelajar komen tentang lasabela kursus2 tertentu. kos masa dan kos duit besar beban kpd pelajar. apabila dimaklumkan kpd ibubapa keperluan kpd duit utk lasabela, ibubapa akan mengeluh. bukan semuanya yg mampu utk mengeluarkan jumlah duit yg diperlukan utk lasabela. ada pelajar yg bgtau saya mereka bekerja secara prt time utk cari duit utk lasabela. dan ada lasabela dimana pelajar menanggung kos pegawai. ini tidak sepatutnya berlaku. bagaimana jika pelajar tersebut adalah anak yatim, adakah pegawai dikira telah makan harta anak yatim? berkiralah utk kesejahteraan dunia dan akhirat. sekadar peringatan.

Tiada ulasan: