Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 23, 2011

Penghujung Syawal 1432H

hujung minggu ni hujung minggu terakhir syawal 1432h. syawal kali ini akan berakhir pada hari rabu depan, iaitu dgn 1 zulkaedah.

alhamdulillah, saya sempat puasa sunat 6 hari dlm bulan syawal hari terakhir pada ahad lepasi iaitu pada 20 syawal. memang syawal banyak dugaan utk lakukan puasa 6 syawal. tambah2 pula di malaysia raya puasa adalah sebulan. pelbagai jemputan diterima. bermula jam 3petang tadi suaraya 2011 uitm. jamuan raya kuib pada jam 4ptg, tapi saya tak dpt hadir. esok ada jamuan raya perkama. diikuti dgn jemputan rumah saudara di shah alam. pada masa yg sama jemputan rakan sefakulti di bangi. pada malamnya jemputan di kajang.

pada hari ahad ada lagi jemputan di kajang. tapi pada paginya ada kursus di shah alam. ahad malam masih lagi belum ada jemputan. bagi setengah drpd kita, rezeki datang mencurah2. tapi puasa mengingatkan kita bhw ada yg kurang bernasib baik berbanding kita. zakat dan sedekah membersihkan harta kita dgn ebrkongsi dgn mereka yg kurang mampu.

saya cuba kawal nafsu makan. janganlah tuan rumah marah jika saya kurang makan di tempat anda. sebabnya saya nak cuba puasa pada setiap isnin dan khamis. ianya utk membantu juga mengawal diri dgn kesukaan kpd dunia.

Tiada ulasan: