Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Oktober 09, 2012

Nilai Banyak atau Sedikit

seperti biasa saya akan singgah ke kedai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas kerja. tujuan saya untuk membeli beberapa barangan minuman dan makanan.

saya singgah ke sebuah pasar mini. sebelum pasar mini beroperasi di lokasi sedia ada, beberapa buah kedai perniagaan telah beroperasi di tapak yang sama. mereka berpindah atau tutup kedai kerana permintaan tiada atau berkurangan mengikut peredaran masa. dan sebelum wujud pasar mini ini, keperluan runcit dibeli oleh penduduk sekitar sama ada di pasaraya atau di kedai runcit di stesen minyak.

harga di pasar mini amat berpatutan. kebanyakan harga adalah murah dan lebih rendah drpd kedai runcit biasa ataupun kedai 24jam. semalam saya cuba bandingkan keadaan di dalam pasar mini ini dengan kedai runcit arwah datuk saya. banyak bezanya. walaupun pasar mini lebih kecil daripada saiz kedai runcit datuk (krd) saya (mungkin sebab sewa berkaitan lokasi) tetapi kebanyakan barangan dijual adalah fast moving items. pasar mini ini lebih bersih drpd krd. tetapi saya masih berupaya berasa seolah berada di krd dgn bau2 barangan runcit seperti bawang dsbnya.

semasa saya di pasar mini tersebut, saya terserempak dgn seorang bekas pensyarah saya yg pernah mengajar saya kira2 20tahun yang lalu. subjek beliau adalah undang2 dan antara subjek kegemaran saya. jika betul ingatan saya, itulah antara subjek yg saya dapat A semasa di ITM. subjek beliau bukanlah subjek kegemaran rakan2 sekuliah saya kerana bersifat subjektif dan perlu banyak membaca dan menghafal.

pada mulanya saya agak segan nak menegur beliau. tetapi semasa saya beratur di belakang beliau saya beranikan diri (saya pelajari drpd saudara dan sahabat dan bukan kenalan) dan tegur beliau. saya sebut nama beliau dan saya perkenalkan diri saya serta latarbelakang kaitan antara beliau dan saya. daripada terkejut (takut/was2) beliau senyum gembira. dan saya hanya mampu untuk membayar pembelian barangan runcit beliau yang bernilai kurang drpd rm10 sbg tanda penghargaan saya kpd beliau yg pernah mendidik saya. semoga allah sentiasa memberi rahmat kepada mereka yg mendidik kita secara ikhlas untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: