Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mei 17, 2010

Amanah Dalam Menjalankan Tugas

kita diamanahkan untuk menjalankan tugas yg diberikan dgn sebaik mungkin berdasarkan kemampuan kita. jawatan berbeza membawa kuasa dan beban tanggungjawab berbeza. jika tidak dijawab di dunia, tetap akan dijawab di akhirat.

sebagai penyelia kita diamanahkan utk menyelia pelajar sebaik mungkin. jika bukan bidang kita, maka lebih baik kita tolak lantikan. jika kita bertnggungjawab melantik penyelia dan pelajar yang akan diselia, kita bertanggungjawab memastikan kedua2nya boleh bekerjasama. kita mesti pastikan kita tidak akan menganiaya mana2 pihak.

sifat peribadi kita akan berkait dgn reputasi profesional kita. jika kita berniat utk menyusahkan sama ada penyelia atau pelajar kerana agenda peribadi kita, baik kita serahkan kuasa kita kpd orang lain. walaupun mungkin kita rasa masa kita utk menjawab dgn Allah lambat lagi kerana dgn kuasa yg ada kita telah lupa akan tanggungjawab kita.

jadilah seorang pendidik dgn sebaik2nya. pangkat dan kuasa tidak menjamin kita akan dihormati orang lain. sedar dan tkutlah balasan drpd Allah.

Tiada ulasan: