Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Mei 06, 2010

Kasihan Dia?

Dalam kaunseling kita dilatih utk tidak merasa kasihan. Sebaliknya, kita hendaklah mengasihi seseorang itu. Apa beza diantara kasihan dan kasih?

Jika kita kasihakan seseorang bermakna kita sebenarnya tidak bertindak adil kpd orang tersebut. Kita tidak mengajarnya utk bertindak dgn tepat. Seumpama kita kasihankan anjing yg tersepit. Setelah kita lepaskan anjing tersebut kerana kasihan, anjing itu menggigit kita. Dan kita merana kesakitan.

Tetapi kasihkan seseorang adalah berbeza. Kita kasihkan seseorang supaya beliau akan berubah untuk kebaikannya dan masyarakat di masa hadapan. Kita kasihkan dia dgn berkongsi ilmu dgnnya. Ilmu utk diperbaiki dirinya. Dan adakalanya kasih memerlukan hukuman selain ganjaran.

Jika seseorang telah terbukti melakukan kesalahan. Dan jika beliau tersebut tetap juga meneruskan kejahatannya walaupun kita telah berbuat baik kpdnya selama ini kerana kasihan, maka kita perlu ubah dgn mengasihkannya. Kasihkan dirinya dgn kita bertindak jujur dan amanah kpd diri kita, dan masyarakat.

Tiada ulasan: