Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mei 31, 2010

TKU 2010 (3)



Hari ketiga di sabah kami ke keningau. untuk sampai sebelum 8.30pagi, kami perlu bertolak pada jam 5.00pagi dari uitm sabah. maka bangunlah saya pada jam 4.00pagi. tidur pada jam 12.30tgh malam.

saya tidur semasa bas melalui banjaran crocker. wan (presiden peers) memaklumkan bahawa saya 'miss' melihat gunung kinabalu semasa saya tidur. kami singgah di pertengahan perjalanan sebelum tambunan utk buang air kecil. air drpd paip terasa seperti air batu.

kami tiba di smk keningau pada jam 8pagi. setelah menulis di buku pelawat, kami menikmati sarapan pagi di kantin sekolah. dewan utk program kami adalah sebenarnya dwi penggunaan, dewan besar dan dewan makan utk pelajar asrama.

pada jam 10.30pagi, pelajar asrama masuk utk makan tengahari. kebanyakan pelajar lelaki memakai tshirt memaparkan nama2 kelab dan pemain bolasepak eropah. para pelajar di sini lebih rendah dan kecil berbanding pelajar di maktab sabah.

setelah makan tengahari, kami ke masjid di pekan keningau. saya sempat beli pisang di pasar keningau. kemudian kami teruskan perjalan ke smk nabawan 2, perjalanan sejauh 167km tetapi mengambil masa hampir 1 1/2jam. smk nabawan 2 kelihatan amat besar berbanding maktab sabah dan smk keningau. ini kerana smk nabawan 2 mula beroperasi pada 2003, paling muda berbanding 2 sekolah terdahulu.

kami menginap di bilik darjah yg berfungsi sebagai asrama. kami tidur di atas tilam tanpa katil spt para pelajar yg menetap di asrama di sekolah ini. bilik air adalah bilik air seperti di pejabat, tiada shower, kerana sepatutnya penggunaan bilik darjah sebagai asrama hanya sementara. makan malam di kantin/dewan makan sekolah. para pelajarnya mebawa pinggan, sudu dan gelas sendiri kerana sekolah belum mendapat peruntukan walaupun dah lama dipohon.

Tiada ulasan: