Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mei 23, 2010

Konvo FSR 23 Mei 2010

Tahniah kpd graduan fsr. tahniah kpd dekan fsr kerana menghadiri konvo pertama sbg orang no.1 fsr. saya mohon maaf kerana tidak dpt hadir. saya telah pun memohon dan mendapat kebenaran dekan.

saya perlu menyiapkan kerja2 yg belum siap sebelum saya ke sabah selama satu minggu. walau pun markah telah diputuskan, saya tetap ke pejabat pada sabtu dan ahad. pada jumaat lepas saya terpaksa ambil cuti rehat. rasa teramat penat sekembalinya dari terengganu.

benar, masih ramai yg sangka kerja sebagai pensyarah mudah aje. ada yg ingat jadi pensyarah tak seteruk jadi cikgu. maka ramai cikgu2 yg nak jadi pensyarah kerana beranggapan pensyarah hanya kerja +- 20jam aje seminggu, lebih kurang 4 jam sehari. dan ramai yg beranggapan jadi pensyarah mudah, masuk ke kuliah hanya bercakap2 aje.

maaf ye, kalau tiada ilmu dan bukan bidang kita, maka kita telah tidak amanah. halalkah rezeki yg kita dapat? ingatlah bhw jika pengadilan tidak dilakukan di dunia, ianya akan tetap berlaku di akhirat. bersama2lah kita memohon rahman dan rahim drpd Allah.