Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mei 11, 2010

Futsal dan Pengurusan Stres

Tadi saya baru bermain futsal dgn adik2 saya dan sahabat2 seperguruan. Mula2 sebelum pergi tadi rasa berat dan malasnya. tetapi selepas solat isyak saya bersemangat utk berfutsal.

Malam ni pada mulanya hanya 8 orang sahaja yg hadir. kemudian datang adik saya seorang lagi menjadikan 9pemain. maka kami bermain dgn kira gol bila bola kena tiang atau palang. tiada penjaga gol.

seronok bermain futsal. pangkat ditolak tepi. pedulikan mereka yg diluar gelanggang. yg penting kita seronok di dalam gelanggang bersama saudara dan sahabat setia. stres dan tekanan kerja dan sebagainya diluahkan di gelanggang. oleh kerana kami saling memahami, maka sebarang kesilapan, kecuaian dianggap perkara remeh. terasa seolah di tahun 80an bermain di padang 'desert' di bandar di raja perak.

sukan adalah satu cara beriadah bagi saya. ianya juga satu cara untuk 'recreate' diri saya. sukan memberi peluang kpd saya utk 'recharge'. cuma terkilan dan lama tak bermain skuash dan aikido.

Tiada ulasan: