Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Mei 22, 2010

Makhluk Allah

kita adalah diantara makhluk Allah. maka selain kita ada makhluk Allah yg lain. ada yg boleh kita lihat, ada yg tidak dapat kita lihat.

semasa melawat sebuah kolej minggu lepas, saya mendengar kesan makhluk Allah merasuk manusia. saya baru balik drpd makan malam. sebaik masuk ke bilik saya, saya mendengar suara menjerit2. waktu telah melebihi 12tgh malam. beberapa minit kemudian, suara menjerit2 kedengaran lagi.saya membaca surah dan ayat2 alquran. saya mohon perlindungan drpd Yang Maha Kuasa, Allah. Tiada yang berkuasa selain Allah. saya hanya dpt tidur selepas jam 2pagi, terganggu dengan suara menjerit2.

keesokannya saya bertanya kpd mereka yg mungkin tahu kisah semalam. memang betul ianya terjadi, bukannya mimpi. ada yg menyebabkan manusia merangkak. ada yg menyebabkan manusia bercakap dlm bahasa negara lain.ianya telah berlaku beberapa malam terdahulu juga. apabila kepenatan, kita mudah dimasukki makhluk Allah yg berniat tidak baik. ada yg berlaku kerana ada yg membawa makhluk Allah ke tempat baru.maka penghuni asal tidak selesa dgn pendatang.

Makhluk Allah ada di merata2. Takutlah hanya kpd Allah. bersolatlah. berdoalah kpdNya. bacalah surah2 dan ayat2 dalam alquran.

Tiada ulasan: