Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 15, 2009

Rezeki dan Raya Aidil Fitri

Aidil fitri dikatakan meraikan diri kita yg kembali kpd fitrah yg suci dan bersih. Ianya setelah kita melakukan ibadah puasa dan pelbagai lagi ibadah di bulan ramadan. Kita berupaya mendapat pahala berlipat ganda, dan memohon keampunan untuk dosa2 kita yg lepas.

Dan di aidil fitri, kita menyambut kesucian dan kebersihan diri kita seumpama kita baru lahir. Tetapai bagaimana jika kita menyambut aidil fitri dgn hasil rezeki yg tidak halal. Mungkin rezeki itu didapati semasa ramadan, mungkin sebelum ramadan. Contohnya kita mengambil barang2 bukan milik kita dan kita jual untuk mendapatkan rezeki. Iaitu rezeki yg kita gunakan di aidil fitri spt membeli makan minum untuk bersedekah, membayar zakat, duit kpd kedua ibubapa, anak isteri dsbnya. Memang ada yg berbangga dgn hasil rezeki yg didapati melalui tidak amanah, rasuah, mencuri, merompak, peras ugut, dsbnya. Sebab mereka tidak nampak balasannya sekarang. Memang ada yg berbangga pula dgn hasil sedemikian sehingga menunjuk2 kpd org lain hasil rezeki tersebut (beli kereta baru, make up kereta, perabut baru, dsbnya).

Bagi diri kita yg faham rezeki halal dan haram, tidak perlu kita irihati dgn kemurahan rezeki yg haram dimiliki orang lain. Jika kesan rezeki haram itu tidak terkena kpd yg melakukan kesalahan, ianya mungkin terkena kpd isteri, ibubapa, anakcucu dsbnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil terhadap hambaNya. Berusahalah untuk sentiasa mendapat rezeki yg halal dan jauhilah rezeki yg haram drpd digunakan untuk menyucikan diri dan menyambut aidil fitri.

Tiada ulasan: