Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 07, 2009

Budaya Kerja Biasa

Saya pernah ditugaskan untuk melawat sebuah organisasi kerajaan. Tugas yg akan saya jalankan adalah perkara yg perlu dilakukan pd setiap tahun. Saya sebenarnya menggantikan kawan saya kerana beliau mempunyai tugasan lain pada masa yg sama.

Saya menelefon seorang pakcik saya yg bertugas di organisasi tersebut sebelum saya ke sana. Tanya pakcik saya,'Nak buat apa datang ke sini?'. Saya jawab,'kan ini perkara biasa yg perlu dilakukan dan dimestikan.' Pesan beliau,'Datang jumpa beliau dahulu, kita makan tengahari sama2, kemudian lepas solat zohor, jalankan tugas'. Saya ok aje, maklumlah, bukan tiap2 hari dpt makan dgn pakcik ni, dlm setahun pun, kalau pergi beraya rumah dia baru dpt menjamu selera dgnnya.

Pada tarikh tugasan, saya hadir sebelum waktu makan tengahari. Wau, hanya ada 3 orang sahaja di tingkat di mana pejabat pakcik saya tu. Luas biliknya, saya anggarkan lebih besar drpd BK8 di FSR. Sebelum turun makan tengahari, beliau bgtau saya,'kita makan dgn pengurusan kanan organisasi. Jaga adab makan'. Semasa makan saya di meja berasingan. Pakcik saya di meja utama. Selepas makan, saya bersama 3 pengurusan utama organisasi di dlm lif utk balik ke pejabat pakcik saya. Pesan bos besar,'Jika ada masalah, bagitau saya.' Saya angguk dan ucap terima kasih.

Selepas zohor, saya hadir di bahagian yg telah ditemujanjikan. Hampir 10minit saya tak dilayan. Pegawai membebel,'Janji orang lain datang, tapi yg datang orang lain.' Saya diam seketika. Kemudian saya tanya,'Biasake pengurusan utama makan tengahari bersama2?' Pegawai tu jawab memang biasa dan tanya saya kenapa saya tanya. Jawab saya,'Tadi saya makan bersama2 mereka dan Tan Sri bgtau, jika ada masalah bgtau dia. Terus pegawai tu melayan saya. Saya senyum sahaja. Macam nikah budaya kerja di sini atau hanya budaya pegawai ini sahaja?

Tiada ulasan: