Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 21, 2009

Sambutan Syawal

Berapa lamakah kita patut sambut Syawal? Di Malaysia, sebulan. Di Arab, sehingga zohor 1 syawal.

Di Arab, sedih dgn ketibaan syawal kerana berakhirnya ramadan. Di Malaysia, gembira dgn syawal kerana berakhirnya ramadan? Bagi saya, keseronokan balik kampung untuk beraya adalah pada malam dapat berbuka ramai2 sekeluarga. Setelah itu, bila solat isyak beramai2 pada malam syawal. Kemudiannya pada pagi syawal, apabila bergambar dgn ahli keluarga. Kita bersyukur dgn nikmat Allah kpd kita iaitu kita berada dgn ahli keluarga yg tersayang. Kesedihan dan kedukaan terubat dgn kehadiran mereka yg memahami dan menyayangi kita. Maka masalah lain2 diketepikan buat sementara. Nikmat persaudaraan adalah antara nikmat yg memang patut kita bersyukur.

Saya cuba melakukan budaya kurang berbelanja, kurang fokus kpd pemberian duit raya. Kuran fokus kpd baju2 raya yg dipakai untuk bergaya. Itu hanyalah saya.

Tiada ulasan: