Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 04, 2009

Mencari Dan Menyelamat

Antara tugas saya. Dalam bahasa Inggeris 'Search and Rescue' atau 'CASEVAC'. Bukan bermaksud saya ni cassanova ye. Dan saya bukanlah seorang yg pakar dlm bidang ni.

Kalau boleh kita nak elakkan M&M ni. Sebab, ianya akan menggunakan banyak sumber. Maka yg penting adalah perancangan sebelum kita lakukan sesuatu. Kemudian, setelah persediaan terbaik, lakukan sesuatu itu dgn penuh tawakkal. Kerana kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Hanya Allah sahajalah Yang Menentukan Segalanya. Tapi kita tahu bahawa usaha adalah penting daripada kita.

Masalahnya, apabila buat sesuatu tanpa fikir panjang2. Buat sesuatu tanpa guna ilmu. Sama ada kurang ilmu atau tiada ilmu. Maka, jika berlaku kesusahan, pihak lain lah pualk kena bertungkus lumus membantu. satu pengalaman di Ledang (telah saya ceritakan) akan saya ingat sentiasa)dan satu pengalaman di Nuang, di mana arahan yg diberi dan dinasihatkan tidak diikuti. Di Ledang, saya naik cari. tetapi di Nuang, pada jam 3 pagi, seorang drpd mereka yg menghadapi amsalah berjaya kembali ke campsite dan memaklumkan saya bahawa mereka semua selamat. Masalah kekurangan air dan makanan. jadi beberapa orang ikhtiarkan turun ke campsite untuk dapatkan bekalan. Mereka cuba turun pada waktu maghrib, tetapi asyik sampai di tempat yg sama sahaja. Pada jam 9 pagi saya perhatikan seorang demi seorang samapi ke campsite.

Itu adalah kisah M&M semasa berkhemah.

Tiada ulasan: