Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, September 12, 2009

Nikmat Allah - 2

Antara nikmat Allah kpd kita adalah kita diberi masa untuk memperbaiki kelemahan kita. Tetapi berapa ramaikah diantara kita yg melakukannya?

Sebelum berbuka di fakulti tadi, ada tazkirah oleh ustaz dari pusat Islam uitm. Antara kandungannya adalah kita ini diberi peluang untuk membersihkan diri kita drpd kesalahan yg telah kita lakukan melalui beribadah di bulan ramadan ini. Dan syaitan menangis di pagi aidil fitri setelah dibebaskan daripada penjara kerana kecewa bhw manusia pada pagi aidil fitri adalh bersih seumpama kain putih, spt dilahirkan semula kerana menjalankan ibadah di bulan ramadan. Syaitan kecewa usahanya untu manusia berdosa di bulan2 selain ramadan dibersihkan dgn ibadah di bulan ramadan. Inilah nikmat Allah kpd hambaNya iaitu peluang menyucikan diri drpd dosa selama 11bulan dgn beribadah selama 1bulan di bulan ramadan. Walau bagaimana pun, dosa2 besar memerlukan hambaNya berdoa memohon keampunanNya. Jadi, janganlah kita sombong atau ego untuk memohon keampunanNya.

Tazkirah adalah juga peringatan. Ustaz memaklumkan bhw budaya kita amat berbeza dgn budaya Arab dibulan nikmat ini. Kita lebih leka dgn persediaan Syawal drpd persediaan utk akhirat. Kenapa ya?

Tiada ulasan: