Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 10, 2009

Kerjaya dan Kita

Seorang kaunselor ada menyatakan bahawa untuk berjaya dlm kerjaya kita, kita perlu ada minat, bakat dan kebolehan. Bakat ada dlm diri kita, sementara kebolehan perlu dicari dan dipelajari.

Pemilik Restoran Baiti, di mana saya berbuka dgn sahabat2 lama saya adalah seorang yg berkelayakan akademik dlm senibina dari luar negara. Tetapi setelah bekerja sebagai seorang arkitek untuk beberapa tahun, beliau meninggalkan bidang senibina untuk melibatkan diri dlm perniagaan makanan. Seorang kawan yg juga seorang saudara saya adalah juga berkelayakan dlm senibina dari luarnegara. Tetapi beliau hanya menjadi seorang arkitek sekejap sahaja. Kemudiannya, beliau menjadi seorang artis pakaian (tukang jahit). Sekarang beliau tak sempat nak layan FB kerana naak menyiapkan tempahan untuk dipakai semasa Raya nanti.

Saya berkelayakan sebagai seorang akauntan. Berpengalaman sebagai seorang akauntan. Tugas dan amanah saya sebagai seorang pensyarah akaun di uitm. Mungkin tidaklah jauh lari drpd profesion berkaitan kelayakan akademik berbanding kawan2 saya. Tapi yg penting, kita ada minat, bakat dan kebolehan dalam bidang yg kita ceburi. Maka saya cadangkan pembaca mengambil ujian personaliti untuk mengetahui bidang yg sesuai dgn personaliti kita. Pergi ajelah ke Pusat Kerjaya dan Kaunseling.

Tiada ulasan: