Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 09, 2009

Peraturan

Saya banyak kali suka berkata tentang perkara ini. Tambah2 lagi peraturan di UiTM. Tujuan utama kita ada peraturan untuk keselesaan dan kesejahteraan masyarakat setempat. Bukan untuk individu tertentu.

Antara yg membuat saya kurang pahala puasa kerana marah adalah mereka yg tidak tahu membaca tetapi berada di uitm. Papan kenyataan jelas sekali menyatakan, kereta pelajar (yg digunakan pelajar di dalam uitm) tidak dibenarkan atau dilarang diletakkan di tempat2 tertentu. Antara tujuannya adalah kerana tempat2 kereta ini untuk staf. Tetapi apa yg berlaku sebaliknya. Lihatlah bagi saya bgmana mereka yg kurang ajar (kerana tak tahu membaca ataupun tak faham apa yg dibaca) mematuhi arahan tersebut. Ini hanya di sekitar banguunan akademik 3.

Apakah niat sebenar pemandu kereta ini? Nak menunjukkan bhw mereka lagi bagus drpd peraturan? Kalau tak mahu ikut peraturan meletak kenderaan yg ditetapkan, pergi ajelah ke tempat IPT lain. Masih ramai lagi yg sebenarnya ingin belajar untuk memperbaiki diri untuk ekbaikan masyarakat. Dan kekurangan penggunaan pemikiran (OKU) tidak terhad kpd pemandu kereta sahaja. Terdapat juga pembonceng motorsikal yg lebih kurang aje tahap ilmunya. Mereka ini tidak amanah sebagai pelajar. Macam mana ilmu nak berkat.

Tiada ulasan: