Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 03, 2009

Berbuka Puasa Dgn Pelajar SRW

Semasa berbincang dgn seorang pelajar SRW655 sem ni pagi tadi, saya terfikir, 'bagaimana jika saya turut berbuka dgn para pelajar yg mengambil SRW dgn saya pada sem ni?'. Dan termasuk senarai untuk berbuka adalah bekas pelajar SRW saya.

Maka petang ni nanti, saya akan emelkan atau sms kpd mereka semua. Saya harapkan jawapan yg positif. Tak perlulah nak makan berat2 dan banyak. Majlis berbuka setelah diadakan perjumpaan diantara penyelia dan pelajar SRW. Dan jika graduan saya sudi menyumbang untuk menampung kos dan menaja pelajar2, lagi elok. Saya bercadang majlis diadakan sama ada di tepi padang lawn bowl (lagi?) atau di intekma (kantin). Untuk menjimatkan kos.

Majlis berbuka dgn pelajar (dgn sedikit sumbangan drpd saya) adalah satu cara untuk mengenali pelajar saya secara tidak formal. ianya adalah majlis bukan antara pensyarah dan pelajar. Adakah nasi beriani akan menjadi menu utama? Kita tunggu..

Tiada ulasan: