Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 27, 2009

Duit Raya Amalan Kita?

Saya ada menulis tentang duit raya sebelum ini. Dan saya nyatakan bhw duit raya drpd saya selalunya RM1.

Pada 1 syawal, saya spt biasa menghadiahkan duit raya RM1 tanpa sampul. Konsep tranparensi, jelas dan tanpa berselindung. Maka spt biasa, saya ditegur, asyik RM1 aje, bila nak naik. Ada yg berkata,'dah ada bini baru lebih'. Saya kata,'dah ada bini, jawabnya hanya 50sen aje'. Ada yg tak nak terima hadiah duit raya saya. Say tak kecil hati. Tetapi kpd saudara mara yg bagi saya memerlukan hadiah lebih drpd RM1, saya akan hadiahkan sama ada sebagai mengenangkan bantuan mereka kpd saya semasa saya kekurangan dahulu ataupun di 'nasihatkan' oleh kedua ayah dan ibu saya.

Saya kurang gemar kpd tetamu yg beraya untuk duit raya. Dah salah konsep beraya. Antara yg utama meraikan aidil fitri adalah menikmati juadah yg dihidangkan. Dan saya sebenarnya spt saya nyatakan dlm tulisan sebelum ni, cukuplah kita menjamu tetamu dgn kemampuan kita. Jangan lepas raya, dok makan sisa2 kuih raya kerana bajet dah habis sehingga gaji bulan depan.

Tiada ulasan: