
Insyaallah, petang ini saya akan berbuka puasa bersama para pelajar SR221/1, kumpulan dimana saya merupakan penasihat akademik bagi mereka bermula semester ini. Mereka sangat bersemangat untuk majlis berbuka petang ini, siap dgn kad jemputan seperti di atas.
Selain drpd saya, pelajar sr221/1 turut menjemput pensyarah lain yg mengajar mereka pd semester ini. Tujuan majlis berbuka puasa ini adalah untuk membolehkan saya mengenali pelajar sr221/1 dgn lebih baik lagi. Saya hanya sempat berjumpa dgn mereka secara formal pd satu slot modul pembangunan pelajar. Dan sehingga sekarang saya masih belum dapat berbincang tentang perancangan setiap pelajar di bawah seliaan sebagai penasihat akademik. Insyaallah, saya harapkan majlis petang ini akan merupakan titik mula dan tolak ke arah kejayaan mereka semasa berada di uitm.
Agak2 apalah juadah berbuka petang ni? Semasa saya berjumpa dgn mereka sebelum kelas saya dgn pelajar sr113/3 tengahari tadi, tiada pula dimaklumkan menunya. Yang penting adalah diharapkan majlis berbuka petang ini dapat merapatkan hubungan warga fsr yg baru dgn saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan