Semalam adalah sesi kedua berbuka puasa dgn ahli kerabat, ahli keluarga. Semua sekali lebih kurang 30++ orang kecil besar, tua muda. Memang, rumah saya ni kecil, tetapi kami semua faham, yg penting adalah peluang berkumpul untuk bersama berbuka puasa dgn kalangan keluarga.
Ada kalanya, seperti semalam, kalau boleh nak rumah yg lebih besar. Tetapi berapa kerapkah kita gunakan ruang rumah yg besar dlm setahun? Majlis buka puasa dgn keluarga paling kerap boleh dikira sebelah tangan aje. Majlis2 lain, kalau ada mungkin boleh dikira 2 belah tangan sahaja yg diadakan di rumah. Jadi lebih kuran 14hari shj dlm setahun, secara purata majlis memerlukan ruang yg luas di rumah saya. Macam rumah nenek saya, rumah dipenuhi secara purata hanyalah 7hari setahun. Pada waktu lain, rumah akan mempunyai banyak ruang yg tidak digunakan.
Semalam yg hadir adalah keluarga adik2 ibu saya dan anak2 sepupu ayah saya. Diantara dua pupu saya yg hadir, saya hanya ingat dan cam seorang sahaja. Inilah kesan jika berjumpa selalunya hanya sekali setahun iaitu pd hari raya sahaja. Melihat mereka, terasa begitu cepat sekali masa berlalu, dan mengingatkan usia yg semakin kurang muda. Jadi, berkumpul untuk berbuka puasa adalah satu cara merapatkan hubungan kekeluargaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan